10:05 PM | Author: khairunmator

Kempen Jangan Dekati Zina

‘Muslim Do Not Celebrate Valentine’

12 – 28 Februari 2009

Anjuran: Jaringan Pemuda Da‘wah Islamiyyah (JUNDIYY)*



Tarikh: 12 Februari 2009 (Khamis)

Masa: 7.30 malam – 11.00 malam

Tempat: Surau Dewan Budaya, USM

Program: Iftar (berbuka puasa) & pengisian oleh Dr Hasanah (USM) – “Cinta, Bercinta, & Percintaan”



Tarikh: 14 Februari 2009 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat: Akan dimaklum kemudian

Program: Forum Demi Kekasih – “Di Sebalik Kedurjanaan Valentine Day”

Panel: Dr Fadhlullah Jamel (USM), Ustaz Kamarudin Kassim (Koordinator UNGGAS), dan panel jemputan khas



Tarikh: 14 Februari 2009 (Sabtu)

Masa: 3.00 petang – 4.00 pagi

Tempat: Sekitar Pulau Pinang

Program: Latihan Aktivis Da‘wah Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS) edisi khas Valentine Day – program turun ke lapangan mendekati remaja & belia berpasangan di kawasan-kawasan sekitar Pulau Pinang



Tarikh: 27 Februari 2009 (Jumaat)

Masa: 8.30 malam - 11.30 malam

Tempat: Dewan Kuliah SK4, USM

Program: Bicara Cinta Remaja oleh Ustaz Hasrizal (Saifulislam.Com)



Dan pelbagai lagi aktiviti da‘wah berupa edaran risalah, pengucapan umum, penyebaran artikel, roadshow ‘Mengapa Valentine Tidak Islamik’, dan berbagai lagi! Pertanyaan dan perhubungan boleh diemelkan ke akucahaya@gmail.com atau hubungi `Izzat Anwari (013-4025770), Saiful Afindi (019-4131472), Waahidah (019-4553985)

Anggota JUNDIYY (mengikut abjad):

Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API), Kelab Remaja Islah Malaysia (KARISMA) Pulau Pinang, Penang Muslim Student Association (PiSA), Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM (PPMUSM), Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM), Remaja HALUAN Pulau Pinang, Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ), dan beberapa lagi gerakan pemuda da‘wah Pulau Pinang.

*JUNDIYY dahulunya dikenali sebagai Sekretariat Bring Islam Back (SBIB)



Demi bumi serta yang ada dihamparannya
10:01 AM | Author: khairunmator


3 januari 2009, saya bersama-sama sahabat dari persatuan IMAN Uitm Kedah turun ke lapangan dalam program LANDAS (latihan aktivis dakwah dalam isu-isu sosial) yang dijalankan bersama koordinator urusetia menangani gejala sosial, Ustaz Kamaruddin bin Kassim. Saya bertolak dari universiti bersama sahabat saya, Salman As-Siddiqi Mohd Azmi.
Setibanya di sana, kami berdua menunggu muslimin dari uitm dan ketika itu sudah bertemu dengan muslimat uitm. Kemudian, kami terus bergerak ke Wisma Bandaran di lokasi utama kegiatan hidu gam (tora). Saudara Salman memulakan pengenalan sementara menunggu Ustaz Kamaruddin tiba kerana beliau sibuk dengan urusan di RAUDHAH (Rumah Upayadaya dan Harapan Ar-Rahman) bagi menempatkan remaja-remaja bermasalah.
Program kali ini terdiri daripada 6 orang muslimin dan 14 orang muslimat. Selepas pengenalan dan pendedahan cara untuk mendekati remaja bermasalah yang diterangkan oleh ustaz, kami bergerak terus ke pangsapuri tak siap belakang centre square. Pangsapuri bertingkat 8 itu dipenuhi dengan bauan arak dan gam serta terdapat tilam dan bantal. Inilah tempat penginapan mewah remaja bermasalah. Pengurusan kontraktor pangsapuri yang bermasalah ini yang menarik minat remaja bermasalah ini menetap di pangsapuri (kondominium) mewah yang bermasalah itu.
Setelah letih berjalan dalam bangunan tanpa lif itu kami ke centre square tingkat 5 dengan lif. Memang jauh beza antara bangunan bermasalah tanpa lif itu dengan bangunan cantik yang ada lif itu. Tapi ada juga yang sama, iaitu penghuni atau pengunjung tetap di tingkat 5 bangunan itu. Dengan izin Ilahi, saya terjumpa dengan sahabat saya, Along, yang bermasalah. Apabila saya menanyakan adakah dia masih buat benda itu? Dia mengiakan dan terus pergi bersama teman-teman seperjuangannya.

Selepas turun dari bangunan cantik itu, kami ke belakang bambee dan terdapat banyak botol-botol arak atau samsu murah bertaburan di balik pohon-pohon yang tidak bersalah. Terutama arak murah cap buluh yang ditulis bahasa hindu dan diterjemahakan oleh seorang budak hindu dari kediaman berhampiran. Rupa-rupanya arak itu diperbuat daripada rebung buluh yang diproses.


Kemudian kami terus balik ke stesen bas dan naik ke bangunan PKNK yang juga menjadi sarang burung-burung yang terlalu bebas tanpa batasan agama. Burung yang kita tahu selama ini makan cacing tapi sudah songsang, lebih sukakan air kencing syaitan. Di situ juga kami buat ‘post morterm’ berkaitan apa yang dapat selama perjalanan yang penuh bermakna itu.

Saya mengimpikan harapan yang menggunung kepada semua pemua-pemudi Islam agar kita sebagai umat yang paling baik untuk kepentingan manusia agar menyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar serta beriman kepada Allah. Inilah keistimewaan ajaran kita dan juga mengandungi ajaran kemasyarakatan yang mengatur hubungan sesama manusia.
Walaupun selama perjalanan bermakna saya dan sahabat-sahabat yang lain pada hari itu tidak jumpa seorang pun remaja yang dalam keadaan sedang mengambil madu beracun mereka itu tetapi pengalaman saya dalam program LANDAS yang sebelum itu banyak member impak besar yang menjadi tugas sebagai seorang muslim menyampaikan atau memberikan kebahagiaan dan manfaat kepada manusia lain. Tidak cukup seorang Muslim itu sekadar mencegah dirinya sendiri dari berbuat jahat, tetapi dia mesti melarang manusia lain supaya jangan melakukan kejahatan.