10:05 PM
| Author:
khairunmator
Kempen Jangan Dekati Zina
‘Muslim Do Not Celebrate Valentine’
12 – 28 Februari 2009
Anjuran: Jaringan Pemuda Da‘wah Islamiyyah (JUNDIYY)*
—
Tarikh: 12 Februari 2009 (Khamis)
Masa: 7.30 malam – 11.00 malam
Tempat: Surau Dewan Budaya, USM
Program: Iftar (berbuka puasa) & pengisian oleh Dr Hasanah (USM) – “Cinta, Bercinta, & Percintaan”
—
Tarikh: 14 Februari 2009 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Akan dimaklum kemudian
Program: Forum Demi Kekasih – “Di Sebalik Kedurjanaan Valentine Day”
Panel: Dr Fadhlullah Jamel (USM), Ustaz Kamarudin Kassim (Koordinator UNGGAS), dan panel jemputan khas
—
Tarikh: 14 Februari 2009 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang – 4.00 pagi
Tempat: Sekitar Pulau Pinang
Program: Latihan Aktivis Da‘wah Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS) edisi khas Valentine Day – program turun ke lapangan mendekati remaja & belia berpasangan di kawasan-kawasan sekitar Pulau Pinang
—
Tarikh: 27 Februari 2009 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam - 11.30 malam
Tempat: Dewan Kuliah SK4, USM
Program: Bicara Cinta Remaja oleh Ustaz Hasrizal (Saifulislam.Com)
—
Dan pelbagai lagi aktiviti da‘wah berupa edaran risalah, pengucapan umum, penyebaran artikel, roadshow ‘Mengapa Valentine Tidak Islamik’, dan berbagai lagi! Pertanyaan dan perhubungan boleh diemelkan ke akucahaya@gmail.com atau hubungi `Izzat Anwari (013-4025770), Saiful Afindi (019-4131472), Waahidah (019-4553985)
Anggota JUNDIYY (mengikut abjad):
Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API), Kelab Remaja Islah Malaysia (KARISMA) Pulau Pinang, Penang Muslim Student Association (PiSA), Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM (PPMUSM), Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM), Remaja HALUAN Pulau Pinang, Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ), dan beberapa lagi gerakan pemuda da‘wah Pulau Pinang.
*JUNDIYY dahulunya dikenali sebagai Sekretariat Bring Islam Back (SBIB)
|
3 januari 2009, saya bersama-sama sahabat dari persatuan IMAN Uitm Kedah turun ke lapangan dalam program LANDAS (latihan aktivis dakwah dalam isu-isu sosial) yang dijalankan bersama koordinator urusetia menangani gejala sosial, Ustaz Kamaruddin bin Kassim. Saya bertolak dari universiti bersama sahabat saya, Salman As-Siddiqi Mohd Azmi.
Setibanya di sana, kami berdua menunggu muslimin dari uitm dan ketika itu sudah bertemu dengan muslimat uitm. Kemudian, kami terus bergerak ke Wisma Bandaran di lokasi utama kegiatan hidu gam (tora). Saudara Salman memulakan pengenalan sementara menunggu Ustaz Kamaruddin tiba kerana beliau sibuk dengan urusan di RAUDHAH (Rumah Upayadaya dan Harapan Ar-Rahman) bagi menempatkan remaja-remaja bermasalah.
Program kali ini terdiri daripada 6 orang muslimin dan 14 orang muslimat. Selepas pengenalan dan pendedahan cara untuk mendekati remaja bermasalah yang diterangkan oleh ustaz, kami bergerak terus ke pangsapuri tak siap belakang centre square. Pangsapuri bertingkat 8 itu dipenuhi dengan bauan arak dan gam serta terdapat tilam dan bantal. Inilah tempat penginapan mewah remaja bermasalah. Pengurusan kontraktor pangsapuri yang bermasalah ini yang menarik minat remaja bermasalah ini menetap di pangsapuri (kondominium) mewah yang bermasalah itu.
Setelah letih berjalan dalam bangunan tanpa lif itu kami ke centre square tingkat 5 dengan lif. Memang jauh beza antara bangunan bermasalah tanpa lif itu dengan bangunan cantik yang ada lif itu. Tapi ada juga yang sama, iaitu penghuni atau pengunjung tetap di tingkat 5 bangunan itu. Dengan izin Ilahi, saya terjumpa dengan sahabat saya, Along, yang bermasalah. Apabila saya menanyakan adakah dia masih buat benda itu? Dia mengiakan dan terus pergi bersama teman-teman seperjuangannya.
Selepas turun dari bangunan cantik itu, kami ke belakang bambee dan terdapat banyak botol-botol arak atau samsu murah bertaburan di balik pohon-pohon yang tidak bersalah. Terutama arak murah cap buluh yang ditulis bahasa hindu dan diterjemahakan oleh seorang budak hindu dari kediaman berhampiran. Rupa-rupanya arak itu diperbuat daripada rebung buluh yang diproses.
Kemudian kami terus balik ke stesen bas dan naik ke bangunan PKNK yang juga menjadi sarang burung-burung yang terlalu bebas tanpa batasan agama. Burung yang kita tahu selama ini makan cacing tapi sudah songsang, lebih sukakan air kencing syaitan. Di situ juga kami buat ‘post morterm’ berkaitan apa yang dapat selama perjalanan yang penuh bermakna itu.
Saya mengimpikan harapan yang menggunung kepada semua pemua-pemudi Islam agar kita sebagai umat yang paling baik untuk kepentingan manusia agar menyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar serta beriman kepada Allah. Inilah keistimewaan ajaran kita dan juga mengandungi ajaran kemasyarakatan yang mengatur hubungan sesama manusia.
Walaupun selama perjalanan bermakna saya dan sahabat-sahabat yang lain pada hari itu tidak jumpa seorang pun remaja yang dalam keadaan sedang mengambil madu beracun mereka itu tetapi pengalaman saya dalam program LANDAS yang sebelum itu banyak member impak besar yang menjadi tugas sebagai seorang muslim menyampaikan atau memberikan kebahagiaan dan manfaat kepada manusia lain. Tidak cukup seorang Muslim itu sekadar mencegah dirinya sendiri dari berbuat jahat, tetapi dia mesti melarang manusia lain supaya jangan melakukan kejahatan.
|
dipetik dari majalah solusi
Kita ingin melahirkan insan yang seimbang menerusi sistem pendidikan kita. Yakni insan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah cemerlang juga dari segi rohaninya. Sekiranya ada pelajar yang cemerlang dalam akademik, tetapi rosak akhlaknya maka itu bererti kita gagal melahirkan insan yang seimbang. Tentu dia akan pincang dalam menghadapi kehidupan kelak.
Walaupun mungkin bilangan pelajar-pelajar yang rosak akhlak masih sedikit, namun kita seharusnya merasa bimbang kerana bilangan yang sedikit itu akan makin bertambah. Dan tentu sahaja masalah besar khususnya kepada ibu bapa anak-anak yang malang itu.
Kecermelangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin seseorang itu dapat melayari hidupnya dengan baik. Katakanlah dia mendapat pekerjaan yang baik, tapi bila tidak jujur dia mungkin menipu, terlibat dalam rasuah dan mungkin akhirnya terjebak dalam ‘white collar crime’. Kita sudah pun sedia maklum betapa kadar rasuah di kalangan kaki tangan kerajaan turut membimbangkan.
Hakikatnya, kejahatan yang dilakukan oleh orang yang bijak lebih memusnahkan berbanding dengan kejahatan oleh orang-orang yang bodoh. Mahukah sekolah-sekolah elit kita bakal melahirkan penjenayah yang professional? Kecemerlangan akademik dan akhlak boleh dicapai secara bersepadu. Maksudnya para pelajar yang betul-betul menjaga akhlaknya sangat berpotensi untuk menjadi pelajar yang cemerlang akademiknya.
Menjaga akhlak
Bila dikatakan menjaga akhlak, ia bermaksud berakhlak dengan Allah dan berakhlak sesama manusia. Berakhlak dengan Allah misalnya, memiliki rasa syukur, sabar, redha dan lain-lain. Dengan rasa itu para pelajar tersebut tentulah menjaga segala suruhan Allah, seperti menutup aurat, solat dan lain-lain. Hasil mengerjakan solat jiwanya akan tenang, dan dengan ketenangan itu dia dapat menjaga hubungannya dengan kawan-kawan, guru dan ibu bapa dengan baik.
Apabila suasana menjaga hubungan sesama orang di sekelilingnya adalah baik, maka mudahlah ia menelaah pelajaran. Dia tidak bermasalah dengan ibu bapanya, guru-gurunya dan kawan-kawan. Bahkan bila berakhlak baik, ibu bapa tentu akan sama mendoakan, guru-guru akan membantu, rakan-rakan akan bekerjasama.
Doa ibu bapa sangat mustajab. Bila guru-guru sudah sayang maka mudahlah mereka memberi tunjuk ajar. Kawan-kawan yang baik akan mudah diajak untuk berbincang dan membentuk ‘group discussion’ dan sebagainya. Tegasnya, akhlak yang baik secara langsung akan membentuk suasana yang kondusif untuk para pelajar mencapai kecemerlangan akademik.
Dua perkara yang berbeza
Perlu diingat bahawa memberi pelajaran dan memberi pendidikan adalah dua perkara berbeza. Mungkin pelajar-pelajar berjaya menimba pelajaran. Memberi pelajaran melibatkan proses menyampaikan ilmu. Tetapi mendidik adalah satu perkara yang lain. Kekadang proses pembelajaran tercapai, tetapi proses pendidikan terabai. Pencapaian pelajaran boleh diukur melalui prestasi dalam peperiksaan tetapi kajayaan mendidik jauh lebih kompleks dan abstrak.
Bagaimana hendak mengukurnya? Ukuran sama ada tercapai atau tidak proses mendidik itu adalah melalui nilaian tahap akhlak seseorang pelajar. Oleh itu, para guru dan ibu bapa yang merupakan pendidik dalam institusi pendidikan yang bernama sekolah dan rumah, harus sama-sama bermuhasabah. Apakah pelajar-pelajar di sekolah hanya mendapat pelajaran atau pada masa yang sama turut juga mendapat pendidikan?
Ya, pencapaian kita mungkin membanggakan, apabila keputusan peperiksaan UPSR, SPM, STPM para pelajar semakin meningkat. Namun, bagaimana pula peranan sekolah sebagai tempat membina asuhan, tunjuk ajar yang baik dan didikan akhlak?
Ini satu tugas yang bukan sahaja lebih mencabar, tetapi juga lebih utama. Guru dan ibu bapa perlu menjalankan dua peranan sekali gus-yakni sebagai murabbi (pendidik) dan juga muallim (pengajar).
Kita tinjau dulu peranan murabbi. Guru dan ibu bapa mesti berperanan sebagai murabbi, tidak sekadar muallim. Mengapa? Ini kerana peranan muallim memfokuskan pengajaran manakala murabbi memfokuskan pendidikan. Ramai orang tersilap dan menganggap mengajar (peranan muallim) dan mendidik (peranan murabbi) itu sama. Jika sudah ada muallim (para guru), maka dengan sendirinya kita sudah ada pendidik.
Banyak bezanya antara murabbi dan muallim. Muallim ialah individu yang berperanan menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya. Dia mengajar ilmu-ilmu yang tertentu sama ada yang berbentuk agama (fardhu ain) ataupun akademik (fardhu kifayah) kepada muridnya.
Matlamat utama pengajar adalah agar ilmu yang diberikan itu dapat difahami dan diaplikasi semula semasa peperiksaan. Ertinya, berlaku perpindahan ilmu dari akal ke akal-yakni dari akal muallim kepada akal murid dan akhirnya murid meluahkan semula ilmu itu di atas kertas peperiksaan.
Tugas murabbi lebih mencabar
Murabbi lebih dari itu. Murabbi berperanan mendidik jiwa muridnya terkesan oleh ilmu yang diberikan. Ilmu itu kemudiannya diyakini, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
Tegasnya, tugas murabbi lebih ‘advance’ daripada muallim kerana dia perlu memastikan sesuatu ilmu bukan sahaja difahami tetapi dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak muridnya. Jika tugas muallim hanya berlegar ‘pada akal’, maka tugas murabbi pula adalah ‘di dalam hati’ murid-muridnya. Tamsilan muallim adalah seperti orang yang mengumpulkan bahan-bahan masakan (misalnya tepung, gula, mentega, garam, air), manakala murabbi puala adalah umpama tukang masak yang mengadun, membancuh, menguli, membakarnya hingga menjadi seketul roti. Jadi bukankah tugas murabbi adalah tugas yang lebih mencabar?
Murabbi memastikan dalam jiwa anak muridnya timbul kemahuan sedangkan muallim hanya berperanan supaya timbul pengetahuan. Kekuatan ‘kemahuan’ sebenarnya mengatasi ‘pengetahuan’. Katalah murid telah diajar tentang sifat-sifat sabar, tahu apa ciri-cirinya, kategori sabar, apa unsur-unsur yang membawa kepada sifat sabar dan sebagainya. Tetapi hanya dengan itu mampukah ia bersabar apabila berdepan dengan sesuatu yang mencabar kesabarannya? Maaf, kadangkala orang yang mempunyai Ph.D. dalam bidang akhlak dan tasawwuf pun tak sabar bila berdepan denagn realiti khidupan.
Tugas ini adalah tugas murabbi, justeru dia ada kemampuan untuk memastikan ilmu yang ada itu dapat diamalkan.
Produk sistem yang tidak seimbang
Cabaran utama dalam sistem pendidikan secara umumnya adalah kita mampu memberi ilmu sebanyak-banyaknya, tetapi gagal dalam memberi didikan setepat-tepatnya. Akibatnya produk sistem pendidikan tidak seimbang. Ada yang cemerlang akademik tetapi akhlaknya kurang baik.
Ini bukan sesuatu yang janggal justeru baru-baru ini kita dengan isu tentang wujudnya pengedar-pengedar dadah di kalangan pelajar universiti dan juga masalah kelahiran bayi luar nikah di kalangan siswa-siswi.
Yang penting sekarang ialah bagaimana melahirkan ramai murabbi, bukan sekadar muallim dalam masyarakat kita. Atau soal yang lebih besar daripada itu ialah siapakah yang mampu mendidik para pendidik? Bagaimana keberkesanan maktab-maktab perguruan atau universiti melahirkan murabbi? Apakah kelayakan yang seharusnya ada pada seorang murabbi? Apakah individu yang meletakkan profesion guru adalah pilihan terakhir dan menerimanya secara ‘terpaksa’, mampu menjadi murabbi yang dedikasi?
Secara ringkasnya, seorang murabbi ialah mereka yang benar-benar merasakan tugas mendidik itu ialah amanah dari Allah. Dia sedar bahawa dia sedang memikul tugas warisan para nabi dan rasul khususnya nabi Muhammad s.a.w. Jika jurutera berdepan dengan bahan-bahan fizikal, doktor dengan sakit fizikal, peniaga dengan barang dagangan, pilot dengan kapal terbang…murabbi pula berdepan dengan jiwa, akal, nafsu dan perasaan manusia!
Ini adalah sebab utama mengapa diutus para rasul ke dunia, yakni untuk menyeru, mendidik dan memimpin manusia. Bukan sahaja untuk sejahtera di dunia, tetapi juga di akhirat. Soalnya, apakah kita sebagai guru, ibu bapa dan pemimpin tidak kira di peringkat mana, merasakan kita sedang menjunjung dan menyambung peranan para Rasul? Jika para Rasul berdepan dengan umat seluruhnya, kita hakikatnya sedang berdepan dengan anak-anak dan pelajar kita.
Ya, tugas mendidik adalah untuk mereka yang berjiwa besar, benar, tulus amanah dan jujur dalam melaksanakan misi besar ini. Usah dipinta kecilkan ujian, pintalah dibesarkan iman menghadapinya….jazakallah
|